Rabu, 17 Oktober 2012

Muffin Chocolate Chip

Bahan² nya :
  1. 250g tepung
  2. 2 sudu teh baking powder
  3. 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  4. 2 sudu besar serbuk koko
  5. 175g gula (saya guna gula perang)
  6. 150g coklat chip
  7. 250ml susu segar (nk gna susu coklat pn boleh)
  8. 90ml minyak (sya gna minyak jagung)
  9. 1 biji telur
  10. 1 sudu teh esen vanilla

Cara²nya :
  1. Gaulkan semua jenis tepung, serbuk koko dan gula
  2. Pecahkan telur ke dalam bekas yang lain kemudian pukul.
  3. Masukkan susu cair dan minyak kedalam tepung sikit demi sedikit dalam masa yang sama masukkan telur yang telah dipukul dan esen vanilla
  4. Panaskan oven ke suhu 160oC atau 170oC
  5. Kemudian masukkan bancuhan tadi kedalam bekas yang kita ingin gunakan. Selepas selesai masukkan bancuhan tdi ke dalam oven kemudian bakar sehingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan